Majlis Penyampaian Geran Persatuan Sukan Negeri 2024 Dan Penyampaian Insentif Kemenangan Sukan 2023

Free

Entry

50+

Vendors

500+

Capacity

Dihadiri oleh Menteri Belia & Sukan Sabah YB Datuk Ellron A.Angin

Merasmikan Majlis Penyerahan Geran Persatuan Sukan Negeri Sabah 2024 dan Penyampaian Insentif Kemenangan Sukan 2023, bertempat di Sabah International Convention Centre.

Penyerahan insentif pada hari ini pada keseluruhannya akan melibatkan sebanyak RM573,300. Dari jumlah itu, dipecahkan kepada dua pencapaian iaitu insentif kemenangan kebangsaan dan antarabangsa iaitu sebanyak RM422,850 untuk sukan `able’, dan insentif kemenangan untuk pencapaian atlet PARA iaitu sebanyak RM150,450.

Dalam masa yang sama, kerajaan berharap penyertaan anak-anak muda dalam sukan juga dapat membina kehidupan mereka yang lebih berkualiti dan sihat. Ini kerana, sukan mampu membina sahsiah anak- anak muda yang kukuh termasuk disiplin, semangat juang, kerjasama, ketrampilan dan semangat patriotik kepada negara. Inilah sebenarnya yang diharapkan oleh Kerajaan, kerana atlet dan anak-anak muda kita pada hari ini merupakan generasi yang akan memacu masa depan negeri dan negara ini.

Tahniah sekali lagi kepada para penerima insentif dan juga kepada semua atlet yang telah mengharumkan nama Sabah, dan bagi atlet-atlet yang tidak berjaya, jangan berputus asa, teruskan usaha dengan latihan gigih dan disiplin yang tinggi.

Similar Events

Karnival Belia Sabah

Dihadiri oleh YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor, Chief Minister of Sabah

Majlis Pelancaran Piala YABhg. Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag merasmikan Pelancaran Piala Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag (DSPDHJL) tahun 2024,