Majlis Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (Oacp) Perbadanan Pinjaman Sabah
11 May 2024
-
Level 4
-
Sipadan I - III
Organised by Perbadanan Pinjaman Sabah
Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS) telah melancarkan Pelan Risiko, Integriti dan Etika (i-PRIDE) bagi memantapkan integriti warga kerjanya.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun merasmikan pelancaran i-PRIDE pasa majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, Sabtu lalu (11 Mei).
Mengucapkan syabas dan tahniah kepada PPS, Masidi berharap dengan adanya i-PRIDE PPS ini dapat meningkatkan lagi integriti bukan sahaja kepada warga PPS tetapi termasuk juga untuk dijadikan sebagai inspirasi kepada jabatan-jabatan lain dan semua untuk mendukung hasrat Kerajaan ke arah masyarakat “Sifar Rasuah”.
Masidi (tiga dari kiri) melihat buku sambil diberikan penerangan oleh Taitim (kanan) dan dipeerhatikan oleh Dr. Yee (dua dari kiri).
“Seiring dengan perubahan era globalisasi ini, pembangunan lebih tertumpu kepada kemajuan manusia, kejayaan dalam bidang ekonomi, kebendaan termasuk juga tahap penguasaan dalam bidang teknologi semata-mata.
“Penumpuan pembangunan kepada perkara yang saya sebutkan tadi sebenarnya semakin lama semakin mencabar integriti di peringkat diri mahupun institusi sama ada dari segi moral mahupun undang-undang,” katanya.
Beliau berkata, Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang diperkenalkan Kerajaan merupakan pelan strategi yang penting dalam melaksanakan dasar antirasuah di Malaysia.
Pelaksanaan NACP bagi tempoh lima tahun akan datang ini amat signifikan dan mencerminkan harapan rakyat untuk membentuk sebuah negara yang bebas rasuah dengan warganya membudayakan ketelusan, akauntabiliti dan integriti, tambahnya.
Masidi (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan dengan semua yang hadir dalam majlis itu.
“Kegigihan dari jabatan-jabatan, GLC-GLC yang lain juga dapat dilihat dalam usaha mereka untuk memantapkan integriti warga kakitangannya, dimana ia memberi persepktif kepada masyarakat bahawa mereka sentiasa mendukung pelan kerajaan.
“Adalah diharapkan dengan pelaksanaan i-PRIDE PPS ini dapat meningkatkan reputasi, mengurangkan kos operasi, mengukuhkan prestasi kewangan, membudayakan integriti dan meningkatkan moral pekerja.
“Dengan itu, PPS boleh menjadi contoh dalam memperkukuhkan dan memupuk nilai-nilai integriti dalam kalangan warga kakitangannya.”
Masidi berkata, i-PRIDE PPS adalah contoh komitmen betapa seriusnya institusi tersebut memandang soal integriti, bukan kerana integriti PPS itu lemah akan tetapi untuk memantapkan dan memelihara integriti di setiap jiwa warga kakitangannya itu sendiri untuk jangka masa yang panjang.
“Saya berharap dengan adanya i-PRIDE PPS ini, PPS akan sentiasa maju ke hadapan dalam soal integriti dan menjadi contoh terhadap sektor kerajaan mahupun sektor swasta.”
Beliau juga berterima kasih lepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ibu Pejabat Putrajaya dan Sabah, serta Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BIGoNS) yang memberi panduan kepada PPS dan kakitangan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sekaligus memastikan kejayaan penganjuran pelancaran i-PRIDE PPS.
Turut hadir ialah Pengerusi PPS, Datuk Seri Dr. Yee Moh Chai dan CEO, George Taitim Tulas.
Similar Events
International Women's Day 2024
Women Empowerment: Empowering Single Mothers
10 March 2024
Kinabalu I - III